ASAL-USUL KERIS (dok.Salakanagara)
- Get link
- X
- Other Apps
Ada
banyak teori cuba menjelaskan asal-usul penggunaan keris di
Nusantara.Antaranya adalah teori yang pertama seperti yang dikemukakan
G.B.Gardner dalam bukunya Keris and Other Malay Weapon
(1936).
Keris dianggap Gardner sebagai perkembangan lanjut daripada jenis
senjata tikam zaman pra-sejarahyang terbuat daripada tulang ikan pari.
Cara membuatnya adalah denganmemotong tulang ikan pari pada pangkalnya,
kemudian dibalut kain padatangkainya, sehingga dapat digenggam dan mudah
dibawa ke mana-mana (Hill1998). Tetapi, Harsrinuksmo (2004) mengatakan
teori Gardner itu ada banyak kelemahan, kerana tradisi pembuatan keris
yang tertua di Indonesia tidak berkembang di kawasan pesisir, tetapi di
pedalaman pulau Jawa.Teori yang kedua tentang asal usul keris telah
dikemukakan GriffithWilkens. Dia menganggap budaya keris baru muncul
pada abad ke-14 danke-15M sebagai perkembangan daripada senjata tombak –
senjata yang lazimdigunakan suku-suku yang tinggal di Asia dan
Australia. Daripada mata lembingitulah lahir jenis senjata tikam yang
lebih pendek, yang kemudian dikenal sebagaikeris. Alasan terjadinya
perubahan bentuk daripada tombak kepada kerisdidasarkan pertimbangan
bahawa tombak tidak mudah dibawa, lebih-lebih lagiuntuk menyusup hutan.
Oleh sebab pada masa itu bahan besi masih susahdijumpai, maka lembing
tombak dicabut daripada tangkainya sehingga dapatdigenggam (Harsrinuksmo
2004).Teori yang ketiga mengenainya telah dikemukakan
A. J.
Barnet Kempersyang menyatakan bahawa munculnya tradisi pembuatan keris
di Nusantara dipengaruhi kebudayaan perunggu yang berkembang di Dongson,
Vietnam,sekitar abad ke-3M. Dia menduga bahawa keris adalah
perkembangan lanjutan daripada jenis senjata penusuk pada zaman
perunggu. Senjata tikam zaman itu berbentuk menyerupai manusia berdiri
pada gagangnya, yang menyatu dengan bilahnya (Harsrinuksmo 2004). Namun,
setelah dirujuk prasasti dan gambar pada relief di candi-candi diJawa,
dapat diduga bahawa keris sudah dikenali orang Jawa sejak abad ke-5M.
Pada prasasti batu yang ditemui di Desa Dakuwu, Grabag, Magelang,
JawaTengah, ditemui relief yang menggambarkan peralatan besi. Prasasti
ini dibuatsekitar tahun 500M seperti yang tertulis dalam huruf Pallawa
yang menggunakan bahasa Sansekerta. Prasasti ini menyatakan adanya
sebuah mata air yang bersihdan jernih, terdapat beberapa gambar yang
antaranya terdapat trisula, kapak,sabit, kudi dan belati atau pisau yang
bentuknya mirip dengan keris.Ketrampilan mengolah logam di Jawa semakin
berkembang setelah pengaruh kebudayaan India mulai masuk ke Nusantara
sekitar abad ke-5M.Pengaruh itu dapat dilihat pada gambar yang terdapat
di relief candi di Jawa,terutamanya candi Borobudur dan candi Prambanan,
Jawa Tengah.
Pada relief itu terdapat gambar senjata tikam
yang menyerupai lembaran daun – modelsenjata tikam yang telah berkembang
lebih dahulu di India. Oleh para ahli,senjata tersebut dinamai ‘Keris
Buda’ dan dianggap sebagai prototaip keris.Pada relief di candi
Borobudur, tepat di sudut bawah bahagian tenggara,tergambar beberapa
perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris(Maisey 1998;
Harsrinuksmo 2004). Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa,
terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva. Dicandi
ini terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris
danLaksmana sedang bertempur sambil memegang senjata serupa. Jenis
senjatatikam di candi Prambanan itu tidak berbeza dengan yang ada di
candi Borobudur:kedua-duanya tergolong sebagai jenis ‘Keris Buda’.
Dilihat bentuknya, kerisitu berukuran pendek, gemuk dan agak tebal,
mirip dengan senjata tikam yang berkembang di India.Relief tentang
senjata yang menyerupai keris juga terdapat di candi diJawa Timur,
misalnya, di candi Singosari (dibangunkan pada tahun 1300M),candi Jawi
dan candi Panataran. Di candi Singasari terdapat relief
yangmenggambarkan senjata mirip keris – bentuknya sama dengan yang
terdapatdi candi Borobudur dan candi Prambanan. Di candi Jawi, juga
terpahat relief Dewi Durga sedang menggenggam belati yang juga mirip
dengan yang adadi candi Prambanan, kecuali gambar belati yang ada di
candi Jawi itukelihatan lebih halus dan terang daripada yang ada di
candi Prambanan.
Ini menunjukkan telah terjadi peningkatan
kualiti dalam seni pembuatan keris. Dicandi Panataran juga terdapat
relief yang menggambarkan Hanuman sedangmemegang senjata yang bentuknya
tidak jauh berbeza dengan yang ada di candilain (Maisey 1998).Meskipun
senjata – yang disebut sebagai ‘Keris Buda’ di atas wujud aslinya jarang
- bahkan sukar dijumpai, hal ini bukan bererti senjata tersebut
secaranyata tidak ada. Jika dirujuk pendapat J. J.Honigmann dalam
bukunya TheWorld of Man (1959), kebudayaan adalah keseluruhan sistem
gagasan yangtermanifestasi menjadi tiga sistem:
ideas , activities dan artefacts.
Ketiga-tiganyadinyatakan Koentjaraningrat (1979) sebagai sistem yang
saling berkaitan, dandalam hal ini sistem yang paling abstrak ( ideas )
seakan-akan berada di atasuntuk mengatur aktiviti sistem sosial lain
yang lebih konkrit, sedangkan aktiviti 31Melacak Asal-Usul Keris dan
Peranannya dalam Sejarah Nusantara dalam sistem sosial menghasilkan
kebudayaan materialnya ( artefact ).
Sebaliknyasistem yang
berada di bawah dan yang bersifat konkrit itu memberi tenagakepada yang
di atas. Pendapat itu menggambarkan bahawa kebudayaan adalahinteraksi
timbal-balik antara sistem-sistem dalam wujud kebudayaan tersebut,iaitu
hubungan antara idea, aktiviti dan artifak. Pendapat ini dijadikan
landasanuntuk memperkuat gagasan bahawa ‘Keris Buda’ – sebagai artifak —
secaranyata memang pernah ada, kerana gagasan tentangnya
setidak-tidaknya sudahtermanifestasi dalam relief di candi di Jawa.
Dengan lain kata, relief di canditersebut adalah pantulan dari gagasan
mahupun aktiviti masyarakat Jawa waktuitu.Dugaan di atas diperkuat
pendapat Soekiman (1983) yang mengatakan‘Keris Buda’ adalah keris
pertama yang pernah dibuat di Nusantara – ketikatanah Jawa berada di
bawah kuasa kerajaan Mataram Kuno (abad ke-8 sampaike-10). ‘Keris Buda’
diperkirakan adalah peninggalan keris generasi pertamayang kelak menjadi
cikal baka lahirnya keris. Namun, belum diketahui secara pasti pada
abad berapa dan pemerintahan siapa ‘Keris Buda’ dibuat.Setelah orde
kekuasaan di Jawa berpindah ke Jawa Timur dengan berdirinyakerajaan
seperti Kahuripan, Jenggala, Daha dan Singasari (abad ke-10 sampaiabad
ke-13), tradisi pembuatan keris menunjukkan perkembangan
yangmengesankan. Dari segi kualiti, keris yang dibuat pada periode ini
jauh lebih berkualiti berbanding dengan masa Mataram Kuno. Pada periode
ini kerisdikenali sebagai
tangguh
Jenggala. Keris
yang dibuat pada zaman Jenggalaterkenal dengan kualiti besinya yang
bagus dan penempaan pamornya yang prima (Garret & Solyom
1978).Setelah ketiga-tiga kerajaan tersebut itu tumbang, lahirlah
KerajaanMajapahit (abad ke-13 sampai ke-15), kerajaan terbesar yang
pernah wujud ditanah Jawa. Kerajaan Majapahit mencapai puncak
kejayaannya pada masa pemerintahan Hayam Wuruk dengan patihnya, Gadjah
Mada, pada tahun 1294.Pada masa inilah diduga kebudayaan keris telah
tersebar luas sehingga kekawasan yang sekarang ini disebut sebagai
negera jiran, seperti Malaysia, Brunei,Thailand, Filipina dan Kamboja
(Garret & Solyom 1978).Barangkali fasa yang dianggap paling mewakili
kejayaan pembuatan kerisdi Jawa adalah semasa Kerajaan Mataram Islam.
Ketika itu, perkembangankeris berlangsung dengan pesat, baik secara
kualiti mahupun kuantiti. Ada alasan pragmatik di sebalik perkembangan
pembuatan keris sebagai senjata bagi perajurit Mataram. Pada masa
pemerintahan Sultan Agung telah muncul dapur-dapur baru. Antara yang
paling terkenal adalah dapur Nagasasra. Pada masaini juga telah dikenal
budaya kinatah pada keris (Harsrisuksmo 2004).Tradisi pembuatan keris
terus berkembang pada era nom-noman
yaitusetelah pecahnya
Surakarta dan Yogyakarta pada tahun 1755. Pada era PakuBuwono terjadi
kemajuan yang mencolok dalam penggarapan dan pemilihan bahan. Terjadi
eksplorasi estetik baru, yang antara lain, menghasilkan sejumlah dapur
dan ricikan ( detail ) yang semakin tegas, dalam, rapi dan beragam;
pengujian pembuatan dan model pamor; gaya baru dengan masuknya
ukuransedikit lebih besar, serta nuansa necis dan gagah. Dari segi
bahan, semakinnyata pengawalan kualiti menjadi lebih ketat ke atas bahan
pamor dan bajanya(Danujaya 2000). Meskipun masa ini dianggap sebagai
puncak keemasan tradisi pembuatan keris, tetapi keris telah kehilangan
peranan utamanya dalamkebudayaan Jawa, kerana aspek fungsinya telah
merosot: dari sebagai senjata – baik dalam erti lahiriah mahupun
rohaniah – menjadi sekadar perabut upacarayang diagung-agungkan secara
berlebihan.*
(1936).
Keris dianggap Gardner sebagai perkembangan lanjut daripada jenis senjata tikam zaman pra-sejarahyang terbuat daripada tulang ikan pari. Cara membuatnya adalah denganmemotong tulang ikan pari pada pangkalnya, kemudian dibalut kain padatangkainya, sehingga dapat digenggam dan mudah dibawa ke mana-mana (Hill1998). Tetapi, Harsrinuksmo (2004) mengatakan teori Gardner itu ada banyak kelemahan, kerana tradisi pembuatan keris yang tertua di Indonesia tidak berkembang di kawasan pesisir, tetapi di pedalaman pulau Jawa.Teori yang kedua tentang asal usul keris telah dikemukakan GriffithWilkens. Dia menganggap budaya keris baru muncul pada abad ke-14 danke-15M sebagai perkembangan daripada senjata tombak – senjata yang lazimdigunakan suku-suku yang tinggal di Asia dan Australia. Daripada mata lembingitulah lahir jenis senjata tikam yang lebih pendek, yang kemudian dikenal sebagaikeris. Alasan terjadinya perubahan bentuk daripada tombak kepada kerisdidasarkan pertimbangan bahawa tombak tidak mudah dibawa, lebih-lebih lagiuntuk menyusup hutan. Oleh sebab pada masa itu bahan besi masih susahdijumpai, maka lembing tombak dicabut daripada tangkainya sehingga dapatdigenggam (Harsrinuksmo 2004).Teori yang ketiga mengenainya telah dikemukakan
A. J. Barnet Kempersyang menyatakan bahawa munculnya tradisi pembuatan keris di Nusantara dipengaruhi kebudayaan perunggu yang berkembang di Dongson, Vietnam,sekitar abad ke-3M. Dia menduga bahawa keris adalah perkembangan lanjutan daripada jenis senjata penusuk pada zaman perunggu. Senjata tikam zaman itu berbentuk menyerupai manusia berdiri pada gagangnya, yang menyatu dengan bilahnya (Harsrinuksmo 2004). Namun, setelah dirujuk prasasti dan gambar pada relief di candi-candi diJawa, dapat diduga bahawa keris sudah dikenali orang Jawa sejak abad ke-5M.
Pada prasasti batu yang ditemui di Desa Dakuwu, Grabag, Magelang, JawaTengah, ditemui relief yang menggambarkan peralatan besi. Prasasti ini dibuatsekitar tahun 500M seperti yang tertulis dalam huruf Pallawa yang menggunakan bahasa Sansekerta. Prasasti ini menyatakan adanya sebuah mata air yang bersihdan jernih, terdapat beberapa gambar yang antaranya terdapat trisula, kapak,sabit, kudi dan belati atau pisau yang bentuknya mirip dengan keris.Ketrampilan mengolah logam di Jawa semakin berkembang setelah pengaruh kebudayaan India mulai masuk ke Nusantara sekitar abad ke-5M.Pengaruh itu dapat dilihat pada gambar yang terdapat di relief candi di Jawa,terutamanya candi Borobudur dan candi Prambanan, Jawa Tengah.
Pada relief itu terdapat gambar senjata tikam yang menyerupai lembaran daun – modelsenjata tikam yang telah berkembang lebih dahulu di India. Oleh para ahli,senjata tersebut dinamai ‘Keris Buda’ dan dianggap sebagai prototaip keris.Pada relief di candi Borobudur, tepat di sudut bawah bahagian tenggara,tergambar beberapa perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris(Maisey 1998; Harsrinuksmo 2004). Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva. Dicandi ini terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris danLaksmana sedang bertempur sambil memegang senjata serupa. Jenis senjatatikam di candi Prambanan itu tidak berbeza dengan yang ada di candi Borobudur:kedua-duanya tergolong sebagai jenis ‘Keris Buda’. Dilihat bentuknya, kerisitu berukuran pendek, gemuk dan agak tebal, mirip dengan senjata tikam yang berkembang di India.Relief tentang senjata yang menyerupai keris juga terdapat di candi diJawa Timur, misalnya, di candi Singosari (dibangunkan pada tahun 1300M),candi Jawi dan candi Panataran. Di candi Singasari terdapat relief yangmenggambarkan senjata mirip keris – bentuknya sama dengan yang terdapatdi candi Borobudur dan candi Prambanan. Di candi Jawi, juga terpahat relief Dewi Durga sedang menggenggam belati yang juga mirip dengan yang adadi candi Prambanan, kecuali gambar belati yang ada di candi Jawi itukelihatan lebih halus dan terang daripada yang ada di candi Prambanan.
Ini menunjukkan telah terjadi peningkatan kualiti dalam seni pembuatan keris. Dicandi Panataran juga terdapat relief yang menggambarkan Hanuman sedangmemegang senjata yang bentuknya tidak jauh berbeza dengan yang ada di candilain (Maisey 1998).Meskipun senjata – yang disebut sebagai ‘Keris Buda’ di atas wujud aslinya jarang - bahkan sukar dijumpai, hal ini bukan bererti senjata tersebut secaranyata tidak ada. Jika dirujuk pendapat J. J.Honigmann dalam bukunya TheWorld of Man (1959), kebudayaan adalah keseluruhan sistem gagasan yangtermanifestasi menjadi tiga sistem:
ideas , activities dan artefacts.
Ketiga-tiganyadinyatakan Koentjaraningrat (1979) sebagai sistem yang saling berkaitan, dandalam hal ini sistem yang paling abstrak ( ideas ) seakan-akan berada di atasuntuk mengatur aktiviti sistem sosial lain yang lebih konkrit, sedangkan aktiviti 31Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara dalam sistem sosial menghasilkan kebudayaan materialnya ( artefact ).
Sebaliknyasistem yang berada di bawah dan yang bersifat konkrit itu memberi tenagakepada yang di atas. Pendapat itu menggambarkan bahawa kebudayaan adalahinteraksi timbal-balik antara sistem-sistem dalam wujud kebudayaan tersebut,iaitu hubungan antara idea, aktiviti dan artifak. Pendapat ini dijadikan landasanuntuk memperkuat gagasan bahawa ‘Keris Buda’ – sebagai artifak — secaranyata memang pernah ada, kerana gagasan tentangnya setidak-tidaknya sudahtermanifestasi dalam relief di candi di Jawa. Dengan lain kata, relief di canditersebut adalah pantulan dari gagasan mahupun aktiviti masyarakat Jawa waktuitu.Dugaan di atas diperkuat pendapat Soekiman (1983) yang mengatakan‘Keris Buda’ adalah keris pertama yang pernah dibuat di Nusantara – ketikatanah Jawa berada di bawah kuasa kerajaan Mataram Kuno (abad ke-8 sampaike-10). ‘Keris Buda’ diperkirakan adalah peninggalan keris generasi pertamayang kelak menjadi cikal baka lahirnya keris. Namun, belum diketahui secara pasti pada abad berapa dan pemerintahan siapa ‘Keris Buda’ dibuat.Setelah orde kekuasaan di Jawa berpindah ke Jawa Timur dengan berdirinyakerajaan seperti Kahuripan, Jenggala, Daha dan Singasari (abad ke-10 sampaiabad ke-13), tradisi pembuatan keris menunjukkan perkembangan yangmengesankan. Dari segi kualiti, keris yang dibuat pada periode ini jauh lebih berkualiti berbanding dengan masa Mataram Kuno. Pada periode ini kerisdikenali sebagai
tangguh
Jenggala. Keris yang dibuat pada zaman Jenggalaterkenal dengan kualiti besinya yang bagus dan penempaan pamornya yang prima (Garret & Solyom 1978).Setelah ketiga-tiga kerajaan tersebut itu tumbang, lahirlah KerajaanMajapahit (abad ke-13 sampai ke-15), kerajaan terbesar yang pernah wujud ditanah Jawa. Kerajaan Majapahit mencapai puncak kejayaannya pada masa pemerintahan Hayam Wuruk dengan patihnya, Gadjah Mada, pada tahun 1294.Pada masa inilah diduga kebudayaan keris telah tersebar luas sehingga kekawasan yang sekarang ini disebut sebagai negera jiran, seperti Malaysia, Brunei,Thailand, Filipina dan Kamboja (Garret & Solyom 1978).Barangkali fasa yang dianggap paling mewakili kejayaan pembuatan kerisdi Jawa adalah semasa Kerajaan Mataram Islam. Ketika itu, perkembangankeris berlangsung dengan pesat, baik secara kualiti mahupun kuantiti. Ada alasan pragmatik di sebalik perkembangan pembuatan keris sebagai senjata bagi perajurit Mataram. Pada masa pemerintahan Sultan Agung telah muncul dapur-dapur baru. Antara yang paling terkenal adalah dapur Nagasasra. Pada masaini juga telah dikenal budaya kinatah pada keris (Harsrisuksmo 2004).Tradisi pembuatan keris terus berkembang pada era nom-noman
yaitusetelah pecahnya Surakarta dan Yogyakarta pada tahun 1755. Pada era PakuBuwono terjadi kemajuan yang mencolok dalam penggarapan dan pemilihan bahan. Terjadi eksplorasi estetik baru, yang antara lain, menghasilkan sejumlah dapur dan ricikan ( detail ) yang semakin tegas, dalam, rapi dan beragam;
pengujian pembuatan dan model pamor; gaya baru dengan masuknya ukuransedikit lebih besar, serta nuansa necis dan gagah. Dari segi bahan, semakinnyata pengawalan kualiti menjadi lebih ketat ke atas bahan pamor dan bajanya(Danujaya 2000). Meskipun masa ini dianggap sebagai puncak keemasan tradisi pembuatan keris, tetapi keris telah kehilangan peranan utamanya dalamkebudayaan Jawa, kerana aspek fungsinya telah merosot: dari sebagai senjata – baik dalam erti lahiriah mahupun rohaniah – menjadi sekadar perabut upacarayang diagung-agungkan secara berlebihan.*
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment
Saumpamina aya nu peryogi di komentaran mangga serat di handap. Saran kiritik diperyogikeun pisan kanggo kamajengan eusi blog.